Panduan Percuma Viral Marketing
Pemasaran melalui kaedah viral atau bahasa mudahnya penyebaran maklumat berperingkat merupakan salah satu kaedah jualan produk secara percuma.
Ini dapat meningkatkan jualan dan makluman tentang sesuatu secara berterusan dan berperingkat. Kaedah ini muncul selepas wujudnya laman sosial yang menjadi hub untuk individu bertemu dan berbual secara maya di atas talian.
Namun, beberapa aspek penting harus di ambil kira untuk mempastikan kaedah viral ini berkesan untuk jualan produk mahupun perniagaan anda.
Masej
Viral juga bermaksud berulang-ulang dan ini merupakan salah satu faktor penting yang perlu diambil kira dalam melakukan posting. Seeloknya, biarlah sesuatu post itu pendek, ringkas dan menarik kerana masej yang ingin disampaikan itu akan diulang-ulang.
Masej yang panjang biasanya akan membosankan pembaca yang inginkan info yang ringkas dan tepat. Tulis apa yang perlu sahaja.

Penggunaan gambar juga dapat menambah daya tarikan untuk pembaca membaca masej atau posting anda. Pastikan ianya menarik dan ringkas.
Target Pembawa Masej Anda
Kaji dahulu potensi lubuk atau kawasan di mana posting anda akan dibaca dan dikongsi dengan rakan-rakan mereka. Anda juga boleh mimikirkan untuk berkongsi post dengan individu yang berpengaruh di mana terdapat ramai rakan sosial.

Penggunaan kumpulan / group di dalam satu-satu laman sosial juga boleh membantu untuk menyebarkan post anda.
Persekitaran
Persekitaran yang sesuai dengan info atau isi kandungan post anda dapat melonjakkan lagi perkongsian dan kadar bacaan post tersebut.
Sebagai contoh, post berkaitan dengan kepentingan penjagaan rumah dikongsi di group berkaitan rumah. Sudah tentu akan dibaca kerana bersesuai dengan minat ahli kumpulan / group tersebut.

Masa
Ramai yang terlepas pandang akan pemilihan masa yang sesuai untuk membuat sesuatu post di laman sosial. Cuba kaji masa yang betul-betul memberi impak atau komen yang banyak ketika anda membuat suatu post baru.
Cuba anda membuat post ketika waktu bekerja dan waktu rehat bekerja. Bandingkan. Pada waktu malam pula bagaimana? Eksperimen sendiri untuk ketahui. Jangan lupa untuk membuat catatan dari sudut hari dan waktu.

Masukkan Unsur Galakkan
Anda boleh memasukkan unsur galakan di dalam posting anda. Sebagai contoh, kongsi info ini dengan rakan-rakan anda dan nikmati promosi percuma khas dari kami.
Sifat manusia secara semula jadi akan terdorong untuk melakukan sesuatu jika ada ransangan. Jadi gunakan kesempatan ini untuk mendapatkan pemasaran percuma berlaku.

Kesimpulannya, pemasaran melalui viral ini dapat memberikan impak yang positif dan memberansangkan jika kena dengan gayanya. Fahami pelanggan produk anda. Nantikan artikel saya yang akan datang berkaitan pelanggan produk.
Kredit Gambar : Frank van de Loo , Joeff , Skampy , Dalo_Pix2 , Milena Fernandes <3
Incoming search terms:
- kasih sayang (11)
- teknik viral facebook (6)
- teknik viral (5)
- pemasaran viral (5)
- pemasaran viral facebook (4)
- konsep pemasaran viral (2)
- group pemasaran online malaysia (2)
- teknik viral marketing (2)
- terma pemasaran viral (1)
- tentang pemasaran viral (1)
About Ihzam Khairi
Beliau merupakan seorang pendidik dan usahawan muda yang berpengalaman luas dalam pemasaran internet. Beliau bercita-cita untuk menjadikan website ceritaIM.com sebagai pusat tumpuan dan rujukan bagi peniaga online masa kini.
- Web |
- Google+ |
- More Posts (16)

