Pakej Komunikasi Belia – Rebat RM200 Telefon Pintar 3G
Ini mungkin peluang keemasan buat usahawan internet di luar sana untuk mendapatkan telefon pintar 3G. Walau bagaimanapun, ianya terhad hanya untuk telefon pintar bernilai RM500 dan ke bawah.

Rebat RM200 untuk telefon pintar 3G ini hanya boleh dibuat di kedai-kedai tertentu yang mempunyai sticker atau banner khas. Anda boleh cuba lihat di kedai-kedai yang menjual telefon pintar 3G berdekatan anda.
Namun begitu terdapat beberapa syarat untuk melayakkan anda mendapatkan rebat RM200 telefon pintar 3G ini.
Syarat-Syarat Mendapatkan Rebat RM200
1. Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun.
2. Berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan ke bawah.
3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan dengan harga maksimum RM500.
4. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej baharu.
5. Hanya satu telefon pintar untuk seorang.
Senarai Telefon Pintar 3G Untuk Rebat RM200
Buat masa kini terdapat lebih 20 jenis telefon pintar 3G yang boleh dipilih oleh belia. Pihak SKMM akan menambah senarai telefon pintar 3G ini dari masa ke masa. ( Note : Apa sahaja jenis telefon pintar telah boleh dibeli – tidak hanya dalam lingkungan RM500 sahaja )

Antara jenama terkenal yang ada di dalam senarai adalah seperti Nokia, Samsung, HTC, LG, Alcatel dan Huawei.
01. Alcatel 993D
02. Alcatel OneTouch Glory 2
03. Alcatel OneTouch Inspire 2
04. The Buzz Phone
05. HTC Wildfire
06. Huawei Ideos X3
07. LG Optimus L3
08. Ninetology Black Pearl II
09. Ninetology Palette
10. Nokia 2730
11. Nokia 7230
12. Nokia Asha 305
13. Nokia Asha 308
14. Nokia Asha 311
15. Nokia C2-03
16. Nokia Lumia 610
17. Samsung Galaxy Chat
18. Samsung Galaxy Mini
19. Samsung Galaxy Pocket
20. Samsung Galaxy Y
21. Sony Xperia Tipo
22. ZTE Acqua
23. Semua Jenis Telefon Pintar 3G Boleh Dibeli Menggunakan Rebat Ini
Cara dan Pendaftaran Dapatkan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G
Bermula 1 Januari 2013, belia boleh mula mendaftar di laman web SKMM untuk mendapatkan rebat ini. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat.
Boleh mendaftar di sini : SKMM

Sebaik sahaja berjaya mendaftar di laman web Komunikasibelia SKMM, anda akan dibawa ke satu halaman untuk mencetak slip pendataran anda. Hanya perlu cetak slip tersebut dan bawa ke kedai-kedai telefon bimbit berdekatan.
Slip ini mempunyai tarikh luputnya. Ianya akan dipaparkan pada slip masing-masing. Namun begitu, sekiranya slip ini tidak digunakan dan telah melepasi tarikh luput, anda boleh mendaftar kembali di laman web Komunikasibelia SKMM hanya selepas 2 bulan daripada tarikh permohonan.
Semoga dengan adanya rebat dan diskaun telefon pintar 3G ini dapat membantu belia untuk turut sama menjalankan perniagaan online. Bagi usahawan online, moga ianya dapat membantu meningkatkan jualan online anda.
Incoming search terms:
- senarai handphone rebate (488)
- senarai kedai rebat rm200 (426)
- handphone rebate (404)
- daftar rebat telefon pintar (339)
- skmm rm200 (325)
- Senarai kedai rebat 200 (290)
- senarai handphone rebate rm200 (240)
- senarai kedai handphone rebate rm200 (236)
- senarai kedai pakej komunikasi belia (227)
- rebat handphone (215)
About Ihzam Khairi
Beliau merupakan seorang pendidik dan usahawan muda yang berpengalaman luas dalam pemasaran internet. Beliau bercita-cita untuk menjadikan website ceritaIM.com sebagai pusat tumpuan dan rujukan bagi peniaga online masa kini.
- Web |
- Google+ |
- More Posts (16)
-
http://profile.yahoo.com/ZYDIMN5WWARTESZIGD5C7TVJEY Nur
-
ihzam
-
-
http://www.hasrulhassan.com/ hasrulhassan
-
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000534716831 Mohd Farid Maslan
-
ihzam
-
-
http://www.facebook.com/profile.php?id=100004892292677 Fannamieya Sweet
-
ihzam
-
-
http://www.facebook.com/zakey.dot Zakey Dot
-
ihzam
-
http://www.facebook.com/zakey.dot Zakey Dot
-
http://twitter.com/ariyanaelyssa ariyana elyssa
-
ihzam
-
-
-
-
http://www.facebook.com/knade.jacob Shah Lan
-
ihzam
-
-
orbitkirin
-
siti nor
-
puspa


