Dec
31

Geran RM1000 Membantu Usahawan Online dan Offline

Geran RM1000 Membantu Usahawan Online dan Offline
3 votes, 4.00 avg. rating (88% score)

Nilai RM1000 adalah cukup besar sebagai dana tambahan untuk membantu para usahawan. Lebih-lebih lagi kepada usahawan online yang juga ialah suri rumah.

Peruntukan geran RM1000 ini boleh dimohon melalui laman sesawang SKMM bermula 1 Januari 2013. Namun begitu, terdapat beberapa syarat untuk memohon.

Boleh mendaftar di sini : SKMM

Geran RM1000 Membantu Usahawan Geran RM1000 Membantu Usahawan Online dan Offline

Syarat-syarat Permohonan Geran RM1000

1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita.
2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat.
3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif.
4. Mempunyai akses atau capaian perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar melalui langganan atau ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).
5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan.
6. Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM200,000 setahun.

Percuma Hosting dan Domain 10000 orang Geran RM1000 Membantu Usahawan Online dan Offline

Untuk mereka yang tidak mempunyai laman sesawang, boleh mendaftar secara percuma di www.getmybusinessonline.com.my. Anda akan mendapat pengehosan dan nama domain percuma (10 000 pertama).

Geran RM1000, Dana Tambahan Perniagaan

Melalui dana RM1000 ini, anda boleh gunakannya untuk perkembangkan lagi perniagaan anda. Contohnya, laburkan untuk pemasaran atau pengiklanan.

Selain itu, dana daripada Geran RM1000 ini juga boleh dijadikan modal tambahan perniagaan anda. Seeloknya, rangka dan buat perancangan untuk apa Geran RM1000 ini digunakan kelak.

Rancang Perniagaan Geran RM1000 Membantu Usahawan Online dan Offline

Pastikan anda merangka dan merancangan dengan teliti. Mulakan dengan penelitian produk anda dan fikirkan kesesuaian dan kebaikannya. Elakkan daripada melabur tanpa pulangan.

Tips Merangka dan Membuat Perancangan Perniagaan

Langkah pertama yang paling mudah ialah mengenal kekuatan dan kelemahan produk anda. Cuba senaraikan seberapa banyak kekuatan dan kelemahan produk anda.

Anda boleh melihat dari sudut harga, bungkusan, kualiti dan lain-lain. Kemudian bandingkan dengan produk lain di pasaran.

Buat Perbezaan Kelebihan dan Kekurangan dengan Produk di Pasaran Geran RM1000 Membantu Usahawan Online dan Offline

Saya yakin melalui langkah pertama ini anda akan lihat lubang dan lompong untuk anda perbaiki. Jadi, dana dari Geran RM1000 ini boleh digunakan dengan baik untuk menambah baik produk anda.

Dana dari Geran RM1000 Tidak Mencukupi

Ini mungkin terjadi apabila produk anda memerlukan kos yang lebih besar. Namun begitu, dana dari geran RM1000 ini hanya boleh dipohon sekali sahaja bagi setiap syarikat.

Jadi untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi syarikat anda, boleh mendapatkan khidmat dan nasihat dari badan-badan berwajib yang lain. Contohnya TEKUN.

Fikirkan untuk Membuat Pinjaman Sekiranya Perlu Geran RM1000 Membantu Usahawan Online dan Offline

TEKUN ada menyediakan pinjaman sehingga RM50000 untuk usahawan. Jadi usah risau tentang kewangan. Apa yang penting adalah usaha yang berterusan dan jangan malu untuk berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

 Geran RM1000 Membantu Usahawan Online dan Offline

Saya asalnya tidak tahu apa-apa. Setiap orang yang mahu berjaya & telah berjaya pada asalnya bermula daripada sifar (reset to zero). Apa yang saya tidak tahu, minta tolong daripada orang lain. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.

- Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar : SKMM, Arkib CeritaIM, GetFrank, TheBusyBrain, Philip, MPH

 

Incoming search terms:

  • geran rm1000 skmm (219)
  • geran rm1000 (112)
  • geran 1000 (86)
  • geran 1000 skmm (44)
  • rm1000 untuk peniaga (36)
  • skmm bantuan rm1000 (31)
  • dana rm1000 (24)
  • bantuan rm 1000 untuk usahawan wanita (24)
  • geran skmm (22)
  • bantuan peniaga ONLINE (21)
 Geran RM1000 Membantu Usahawan Online dan Offline

About Ihzam Khairi

Beliau merupakan seorang pendidik dan usahawan muda yang berpengalaman luas dalam pemasaran internet. Beliau bercita-cita untuk menjadikan website ceritaIM.com sebagai pusat tumpuan dan rujukan bagi peniaga online masa kini.

  • ahsfantasy24

    Boleh cuba ni. heheh :D
    New: Contest: Top Referer Get RM100 Topup!

    • ihzam

      Boleh cuba. Asalkan ada SSM dan website perniagaan. ;)

  • momo niza

    alahai sedihnyaa..disabah ni pengusaha kecil yg xde premis x boleh nak buat lesen..kat sabah xde ssm sebaliknya mohon lesen perniagaan di dewan bandaraya..dan syaratnya mesti ada lesen mcm mana nak mohon geran rm1000 ni klu lesen pun xde :(

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000411972256 Ihzam Khairi

      Salam Momo Niza.

      Mungkin Pn Momo Niza boleh cuba hubungi individu ini untuk bertanya lebih lanjut tentang SSM di Sabah.

      SABAH
      Rosnah Hj Ali (Pengarah Negeri)
      Tingkat 4, Menara MAA,
      6, Lorong Api-Api,
      Beg Berkunci 2039,
      88999 Kota Kinabalu, Sabah.
      Tel : 088-233 551 / 233 346
      Faks : 088-237 884
      E-mel : [email protected]

      • sheryn

        Salam, peniaga online di Sabah tidak boleh berdaftar di SSM Caw Sabah. Kami telah pergi bertanya ke pejabat berkenaan, jawapannya tetap sama iaitu perlu mohon lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

        • ihzam

          Approve #yiv7672056889 #yiv7672056889 a:hover, #yiv7672056889 a:hover span {color:#1188d2!important;}#yiv7672056889 .yiv7672056889button-cta:hover {color:#ffffff!important;background-color:#1188d2!important;}#yiv7672056889 .yiv7672056889button-cta:hover span {color:#ffffff!important;}#yiv7672056889 #yiv7672056889 #yiv7672056889 #yiv7672056889outlook a {padding:0;}#yiv7672056889 body {width:100% !important;}#yiv7672056889 .yiv7672056889ReadMsgBody {width:100%;}#yiv7672056889 .yiv7672056889ExternalClass {width:100%;display:block;}#yiv7672056889 _filtered #yiv7672056889 {}#yiv7672056889 .yiv7672056889content {width:100%;}#yiv7672056889 table {border-collapse:collapse;}#yiv7672056889 h2.yiv7672056889headline {font-weight:700;font-size:20px!important;margin-bottom:5px;}#yiv7672056889 .yiv7672056889button-cta {display:block!important;padding:0!important;}#yiv7672056889 div.yiv7672056889header {padding-top:20px;}#yiv7672056889 div.yiv7672056889footer {padding-bottom:20px;}#yiv7672056889 #yiv7672056889 #yiv7672056889 p.yiv7672056889mod-tools a:hover {color:white!important;background:#8c989f!important;}#yiv7672056889 _filtered #yiv7672056889 {}#yiv7672056889 td.yiv7672056889avatar img, #yiv7672056889 td.yiv7672056889spacer img {width:28px!important;}#yiv7672056889

  • http://www.facebook.com/norlida.mdamin Norlida MDamin

    Saya ada lesen perniagaan dan berniaga secara bergerak dari rumah ke rumah. Selain daripada itu, saya menwar-warkan perniagaan melalui facebook. Layak ke saya memohon geran rm1000?

    • ihzam

      Salam Norlida. InsyaAllah boleh. Tetapi seeloknya perlu ada laman web perniagaan tersebut. Itu lebih baik.

  • http://www.facebook.com/norlida.mdamin Norlida MDamin

    Saya ada lesen perniagaan. Perniagaan saya adalah secara mengedarkan risalah dan war-warkan melalui facebook. Layakkah saya memohon geran rm 1000?
     

  • epet_rambo

    masih ramai yang tak apply.

    kalau masih tak ada website .. leh msg saya.. saya leh buat dengan budget rendah

    http://startubussiness.blogspot.com/

  • epet_rambo

    masih ramai yang tak apply.

    kalau masih tak ada website .. leh msg saya.. saya leh buat dengan budget rendah

    http://startubussiness.blogspot.com/

  • epet_rambo

    masih ramai yang tak apply.

    kalau masih tak ada website .. leh msg saya.. saya leh buat dengan budget rendah

    http://startubussiness.blogspot.com/

  • Akma Syuhada

    Salam…sye nk tye…sye agen Jamu Susuk Dara…klu nk jadi pengedar sye perlu modal,,bawah pd rm1000…agak2 sye layak x sbb sye biz online je…surirumah..mcm mana ye..?

    • ihzam

      InsyaAlla boleh. Cuma perlu ada ssm sahaja.

  • Sapiah Ibrahim

    untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian
    Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz
    , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai
    badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template
    profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail
    tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu
    nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi…yang ni
    saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara
    on9…lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2
    yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada
    live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.

  • Linda Ahmad

    Saya xde yg ni camne nk buat yer 3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif.

    • ihzam

      Untuk permulaan bagi membeli domain dan hosting, saya cadangkan pergi ke serverfreak.com. Mereka ada menyedikan perkhidmatan tersebut.

      • Linda Ahmad

        kalo buat domain je..if xde website company yg aktif leh ke encik..huhu..

Ruang Iklan Berbayar

iklan